-
Pesanan akan terus dihantar ke
alamat anda oleh posmen dalam
tempoh yang dijanjikan.
-
Setiap penghantaran pesanan anda
akan disertakan dengan kod
penghantaran yang boleh disemak
status penghantarannya samada
oleh anda atau pihak syarikat.
Semakan boleh dibuat dengan
mendail pusat khidmat pelanggan
Pos Laju iatu 1300 300 300.
-
Anda masih boleh menerima
pesanan walaupun anda tiada di
rumah asalkan ada wakil anda
seperti anak-anak, isteri, orang
gaji, rakan sekerja dan
sebagainya. Serahan kepada wakil
perlu menunjukkan kad pengenalan
diri dan menandatangani borang
serahan.
-
Setiap serahan pesanan akan anda
tandatangani bagi membuktikan
anda telah menerima pesanan
dengan sempurna.
-
Sekiranya anda atau wakil anda
langsung tiada di alamat
serahan, pihak posmen akan
meninggalkan nota serahan untuk
anda mengambilnya di Pejabat Pos
serahan.
-
Pesanan yang gagal diserahkan ke
alamat anda disebabkan kesilapan
alamat atau alamat yang tidak
lengkap atau apa jua sebab akan
dikembalikan oleh Pos Laju
kepada syarikat. Syarikat akan
terus menghubungi anda untuk
membuat tindakan susulan. Namun
diharapkan anda memberikan
maklumat yang lengkap untuk
mengelakkan sebarang kesulitan.